Tuesday 24 October 2017

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH

Tarikh: 13 Julai 2017
Tempat: Dewan Ibnu Sina SKSB
Peringkat: Sekolah

Bagi meraikan sambutan hari raya bersama murid-murid SKSB, Pihak sekolah telah mengadakan Sambutan Hari Raya peringkat sekolah pada 13 Julai yang lalu. Murid-murid dibenarkan menggayakan pakaian Hari Raya masing-masing. Guru-guru juga tidak melepaskan peluang untuk melaram.













Perasmian Penutupan Ihya Ramadan 1438H

Tarikh: 22 Jun 2017
Tempat: Dewan Ibnu Sina SKSB
Peringkat: Sekolah

SKSB telah mengadakan majlis penutupan ihya ramadan bagi tahun 2017 peringkat sekolah pada 22 Jun yang lalu.
Program ini sekaligus menjadi penutup bagi aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan bulan ramadhan tahun ini. Antara program yang dijalankan ialah Tadarus Al-Quran bagi guru dan murid, Ceramah dan sebagainya.





Majlis Sambutan Hari Guru

Tarikh: 16 Mei 2017
Tempat: Dataran Perhimpunan SK Sungai Buaya
Peringkat: Sekolah

Pada tanggal 16 Mei yang lalu, SKSB telah mengadakan sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi meraikan para pendidik SKSB. 
Antara aktiviti yang dijalankan ialah:
1. Menghias hantaran
2. Bermain Dam
3.Persembahan Kumpulan















Monday 12 June 2017

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

Tarikh: 12, 13 & 14 Mei 2017
Tempat: SK Lembah Beringin
Peringkat: Daerah Hulu Selangor

SKSB telah mengambil bahagian dalam perkhemahan unit beruniform yang bertempat di SK Lembah Beringin. Sekolah telah menghantar wakil dari tahun 4,5, dan 6. Perkhemahan berlangsung selama 3 Hari 2 Malam.  Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan seperti game stations, jungle trekking, group activitiy dan persembahan malam kebudayaan.  Perkhemahan ini telah disertai oleh 5 buah sekolah dari daerah Hulu Selangor. Alhamdulillah aktiviti berlangsung dengan jayanya tanpa ada berlaku kecedaraan atau kejadian yang tidak diingini.












AHLI KELUARGA BARU SK SUNGAI BUAYA

Tarikh: 8 Mei 2017
Tempat: Dataran Perhimpunan SKSB
Acara: Suai kenal guru baru SKSB.

Alhamdulillah....warga SKSB telah menerima kehadiran 2 orang guru baru pada bulan ini.  En Zulkifli Bin Zainuddin sebagai Penolong Kanan kokurikulum yang baru menggantikan En Asrie yang telah dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal murid yang baru. Cik Zaina Aishah Bt Zainol pula merupakan guru baru bagi subjek Bahasa Inggeris.  Pihak sekolah mengalu- alukan kehadiran warga baru dengan majlis serba ringkas untuk sesi suai kenal bersama murid sekolah...Moga dengan kehadiran tenaga pengajar yang baru dapat meningkatkan lagi prestasi SKSB
 ke tahap yang lebih baik...

Saturday 25 February 2017

SUKAN TAHUNAN SKSB KE 39 TAHUN 2017

Tarikh : 26 feb 2017

Tempat : padang sksb

Perasmi : TUAN HAJI ZULKARNAIN
                 ( YDP PIBG)

Terima kasih diucapkan kepada semua warga SKSB kerana menjayakan sukan tahunan kali ini. Tidak ketinggalan juga ucapan terima kasih kepada AJK PIBG yang turut serta menjayakan sukan tahunan kali ni. Semoga kerjasama diantara pihak sekolah dan PIBG dapat diteruskan dalam program-program sekolah yang akan datang.

Friday 24 February 2017

SENTUHAN AWAL DENGAN KEYAKINAN ( PROGRAM MOTIVASI TAHUN 6)

Program motivasi tahun 6 yang dikendalikan oleh pelajar STEADFAST UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA.

TARIKH : 24 DAN 25 FEB 2016

TEMPAT : SK SUNGAI BUAYA