Monday 12 June 2017

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

Tarikh: 12, 13 & 14 Mei 2017
Tempat: SK Lembah Beringin
Peringkat: Daerah Hulu Selangor

SKSB telah mengambil bahagian dalam perkhemahan unit beruniform yang bertempat di SK Lembah Beringin. Sekolah telah menghantar wakil dari tahun 4,5, dan 6. Perkhemahan berlangsung selama 3 Hari 2 Malam.  Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan seperti game stations, jungle trekking, group activitiy dan persembahan malam kebudayaan.  Perkhemahan ini telah disertai oleh 5 buah sekolah dari daerah Hulu Selangor. Alhamdulillah aktiviti berlangsung dengan jayanya tanpa ada berlaku kecedaraan atau kejadian yang tidak diingini.












AHLI KELUARGA BARU SK SUNGAI BUAYA

Tarikh: 8 Mei 2017
Tempat: Dataran Perhimpunan SKSB
Acara: Suai kenal guru baru SKSB.

Alhamdulillah....warga SKSB telah menerima kehadiran 2 orang guru baru pada bulan ini.  En Zulkifli Bin Zainuddin sebagai Penolong Kanan kokurikulum yang baru menggantikan En Asrie yang telah dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal murid yang baru. Cik Zaina Aishah Bt Zainol pula merupakan guru baru bagi subjek Bahasa Inggeris.  Pihak sekolah mengalu- alukan kehadiran warga baru dengan majlis serba ringkas untuk sesi suai kenal bersama murid sekolah...Moga dengan kehadiran tenaga pengajar yang baru dapat meningkatkan lagi prestasi SKSB
 ke tahap yang lebih baik...