Tuesday 24 October 2017

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH

Tarikh: 13 Julai 2017
Tempat: Dewan Ibnu Sina SKSB
Peringkat: Sekolah

Bagi meraikan sambutan hari raya bersama murid-murid SKSB, Pihak sekolah telah mengadakan Sambutan Hari Raya peringkat sekolah pada 13 Julai yang lalu. Murid-murid dibenarkan menggayakan pakaian Hari Raya masing-masing. Guru-guru juga tidak melepaskan peluang untuk melaram.













Perasmian Penutupan Ihya Ramadan 1438H

Tarikh: 22 Jun 2017
Tempat: Dewan Ibnu Sina SKSB
Peringkat: Sekolah

SKSB telah mengadakan majlis penutupan ihya ramadan bagi tahun 2017 peringkat sekolah pada 22 Jun yang lalu.
Program ini sekaligus menjadi penutup bagi aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan bulan ramadhan tahun ini. Antara program yang dijalankan ialah Tadarus Al-Quran bagi guru dan murid, Ceramah dan sebagainya.





Majlis Sambutan Hari Guru

Tarikh: 16 Mei 2017
Tempat: Dataran Perhimpunan SK Sungai Buaya
Peringkat: Sekolah

Pada tanggal 16 Mei yang lalu, SKSB telah mengadakan sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi meraikan para pendidik SKSB. 
Antara aktiviti yang dijalankan ialah:
1. Menghias hantaran
2. Bermain Dam
3.Persembahan Kumpulan