Sunday 7 January 2018

Hari Pertama Persekolahan Sesi 2018

Tarikh: 2 Januari 2018
Tempat: SKSB


Pada tanggal 2 Januari yang lalu telah berlangsung hari pertama persekolahan bagi sesi 2018. Disertakan bersama gelagat murid dan guru pada hari pertama persekolahan.














Jamuan Hitea SKSB

Tarikh: 31 Disember 2017
Tempat: Hotel Primera, Jalan Tunku Abdul Rahman, KL


Pada 31 Disember yang lalu, Badan Kebajikan Guru SKSB telah menganjurkan majlis Hitea bagi sesi 2017. Berikut disertakan gambar sekitar majlis berlangsung.
















Hari Orientasi Tahun 1 dan Prasekolah Sesi 2018

Tarikh: 30 Disember 2017
Tempat: Dewan Ibnu Sina SKSB


Alhamdulillah pada 30 Disember yang lalu pihak sekolah telah mengadakan Hari Orientasi bagi Murid Tahun 1 dan Prasekolah sesi 2018.  Antara aktiviti yang telah dijalankan pada hari tersebut ialah taklimat kepada ibu bapa murid, ujian diagnostik dan lawatan kawasan-kawasan dalam sekolah.
Aktiviti berjalan dengan lancar dan tamat pada pkul 12 tengah hari. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih pada semua pihak yang telah berkerjasama bagi memastikan kelancaran majlis.

















Mesyuarat Pengurusan, HEM dan KOKO Tahun 2018

Tarikh: 26,27,28 December 2017
Tempat: Bilik Sidang SKSB
Tajuk: Mesyuarat Pengurusan Sekolah, Kurikulum, HEM dan KOKO



Sebagai persedian untuk menghadapi tahun baru 2018. Pihak pengurusan sekolah dan guru telah bermesyuarat selama tiga hari untuk memastikan kelancaran pengurusan sekolah pada tahun 2018. Antar isu yang telah dibincangkan selama tiga hari ialah jawatankuasa baru pengurusan sekolah, kedudukan kewangan sekolah, aktiviti kokurikulum dan kurikulum, hal-hal berbangkit dan pelbagai lagi isu yang melibatkan pengurusan sekolah. Syukur setelah 3 hari bermesyuarat segala urusan berkaitan persekolah bagi sesi 2018 telah selesai dirancang hasil dari kerjasama semua pihak.