Tuesday, 4 January 2011

SKSB 2011





Perkara Yang Mengeratkan Persahabatan

                                            

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.” -Riwayat Al-Tabrani

Huraian:
  • Kita hendaklah sentiasa mempamerkan keperibadian seorang muslim dalam setiap pergaulan kerana ia merupakan aset penting bagi kejayaan diri serta organisasi yang dipimpin.
  • Tutur kata yang baik, beradab dan dipenuhi unsur-unsur keikhlasan akan memberikan motivasi yang paling berkesan kepada setiap individu dalam masyarakat sekeliling sehingga membentuk kualiti ummah yang terbaik dan menjadi contoh kepada yang lain.
  •  
  • Jika kita mahu dihormati maka kita hendaklah terlebih dahulu menghormati orang lain sama ada dengan mengucapkan salam, bersikap peramah dan mengutamakan keperluannya. Ini dengan sendirinya akan menerbitkan perasaan hormat orang itu terhadap kita dan seterusnya menimbulkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain.

Monday, 27 December 2010

MAKLUMAN PROGRAM / AKTIVITI TERKINI


TARIKH : 31 DISEMBER 2010

HARI : JUMAAT

MASA : 8.00 PAGI

TEMPAT : DEWAN SKSB DAN KELAS TAHUN 1

SASARAN : IBUBAPA DAN MURID

AKTIVITI:

1. PENDAFTARAN DAN TAKLIMAT PRA SEKOLAH

2. PENGURUSAN KELAS DAN PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 - TAHUN 6

3. UJIAN DIANOSTIK

_____________________________________

TARIKH : 3 JANUARI 2011

HARI : ISNIN

AKTIVITI:

1. SESI PERSEKOLAHAN BERMULA

2. PERHIMPUNAN RASMI

3. ORIENTASI TAHUN 1

____________________________________


TARIKH: 4, 5, 6 DAN 7 JANUARI 2011

HARI: SELASA HINGGA JUMAAT

AKTIVITI:

1. PROGRAM TRANSISI TAHUN 1

MESYUARAT GURU KALI PERTAMA 2011





MESYUARAT GURU KALI PERTAMA SKSB SESI 2011

TARIKH : 27 DIS 2010

MASA : 9.00 PAGI HINGGA 12.00 TGH

-SELAMAT MAJU JAYA-