Monday 27 December 2010

MAKLUMAN PROGRAM / AKTIVITI TERKINI


TARIKH : 31 DISEMBER 2010

HARI : JUMAAT

MASA : 8.00 PAGI

TEMPAT : DEWAN SKSB DAN KELAS TAHUN 1

SASARAN : IBUBAPA DAN MURID

AKTIVITI:

1. PENDAFTARAN DAN TAKLIMAT PRA SEKOLAH

2. PENGURUSAN KELAS DAN PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 - TAHUN 6

3. UJIAN DIANOSTIK

_____________________________________

TARIKH : 3 JANUARI 2011

HARI : ISNIN

AKTIVITI:

1. SESI PERSEKOLAHAN BERMULA

2. PERHIMPUNAN RASMI

3. ORIENTASI TAHUN 1

____________________________________


TARIKH: 4, 5, 6 DAN 7 JANUARI 2011

HARI: SELASA HINGGA JUMAAT

AKTIVITI:

1. PROGRAM TRANSISI TAHUN 1

MESYUARAT GURU KALI PERTAMA 2011





MESYUARAT GURU KALI PERTAMA SKSB SESI 2011

TARIKH : 27 DIS 2010

MASA : 9.00 PAGI HINGGA 12.00 TGH

-SELAMAT MAJU JAYA-

Wednesday 17 November 2010

IBADAT KORBAN

MARILAH kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wataala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertakwa dan beriman serta selamat di dunia dan di akhirat.

Sekarang kita sudah berada dalam bulan Zulhijjah atau bulan Haji. Ini bererti tidak lama lagi kita akan meraikan Hari Raya Haji. Hari Raya Haji adalah hari yang mulia yang darjat atau kedudukannya lebih besar dan lebih tinggi daripada Hari Raya Aidilfitri. Ianya juga dikenali dengan Hari Raya Korban kerana umat Islam disunatkan melakukan ibadat korban pada hari tersebut dengan menyembelih binatang ternakan iaitu unta, lembu, kerbau dan kambing sebagai tanda syiar agama Islam.

Menyembelih korban adalah amalan yang disukai oleh Allah Subhanahu Wataala dan hukumnya Sunat Muakkad. Ini dijelaskan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam sabdanya yang bermaksud:

"Dari Aisyah Radiallahuanha, bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah dari menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada Hari Kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."

Amalan menyembelih korban itu juga sebagai bukti keikhlasan dan ketakwaan kita ke atas perintah Allah Subhanahu Wataala. Ini jelas sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Hajj ayat 37 yang tafsirannya:

"Daging dan darah binatang korban itu tidak sekali-kali sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa dari kamu."

Kita sebagai manusia sememangnya tidak luput dari melakukan kesilapan dan dosa yang kadang-kadang menyebabkan kita jauh dari Allah Subhanahu Wataala, tetapi Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada hamba-hamba-Nya. Dia memberikan banyak jalan yang boleh mendekatkan diri kepada-Nya. Salah satu jalannya ialah dengan melakukan ibadat korban.

Di antara hikmat lain kenapa ibadat korban ini disyariatkan ialah:

Pertama: Untuk mengambil iktibar dan pengajaran terhadap ketaatan Nabi Ibrahim Alaihissallam dalam menjunjung perintah Allah Subhanahu Wataala yang memerintahkannya untuk menyembelih puteranya Nabi Ismail Alaihissalam sebagai korban. Akan tetapi Allah Subhanahu Wataala Maha Pengasih lagi Maha Penyayang telah menggantikannya dengan seekor kibas. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda di dalam sebuah hadis Baginda yang maksudnya:

"Daripada Zaid bin Arkam Radiallahuanhu dia berkata: Para sahabat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bertanya: Wahai Rasulullah, apakah yang ada pada korban itu? Jawab Rasulullah: Ia adalah sunnah bapa kamu, Ibrahim. Mereka bertanya: Apa yang kami perolehi daripadanya wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab: Bagi setiap helai rambut ada kebajikannya. Mereka bertanya lagi: Bagaimana pula dengan bulunya wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab: Bagi setiap helai bulu ada kebajikannya."

Kedua: Memupuk sikap pemedulian dan keprihatinan terhadap masyarakat iaitu dengan mengagihkan daging-daging korban kepada yang berhak menerimanya sebagai makanan dan meluaskan rezeki khususnya kepada para fakir miskin sempena Hari Raya Korban.

Ketiga: Melahirkan tanda kesyukuran kepada Allah Subhanahu Wataala terhadap nikmat hidup yang telah diberikan-Nya.

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Hajj ayat 34 yang tafsirannya:

"Dan bagi tiap-tiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan korban sampai mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur terhadap binatang ternak yang telah direzekikan Allah kepada mereka."

Keempat: Menyemai dan menanamkan sifat murni ke dalam diri dengan mencontohi kesabaran dan ketabahan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail Alaihissalam dan sifat mereka yang mengutamakan ketaatan dan rasa cinta kepada Allah Subhanahu Wataala.

Waktu menyembelih korban ialah selepas naik matahari pada Hari Raya Adha sekadar berlalu sembahyang dua rakaat dan dua khutbah. Masa korban itu berkekalan sehingga terbenam matahari akhir Hari Tasyrik iaitu hari ke 13 Zulhijjah. Jika ibadat korban dilakukan sebelum dan selepas waktu tersebut, maka tidaklah dikira ibadat korban, sebagaimana sabda Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam yang bermaksud:

"Dari Al-Baraa bin Azib dia berkata: Telah bersabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam: Bahawa yang mula-mula kami lakukan pada hari ini (Hari Raya Adha), kami sembahyang, kemudian kami balik ke rumah, selepas itu kami menyembelih korban, maka siapa yang membuat seperti yang demikian, maka dia memperolehi sunnah (ibadat) kami, dan siapa yang menyembelih sebelum sembahyang, maka yang demikian itu hanyalah daging biasa yang dibahagi-bahagikan kepada keluarga, bukanlah yang demikian itu termasuk dalam ibadat korban."

Memandangkan ibadat korban itu mempunyai kelebihan dan masa yang tertentu, maka bagi mereka yang berkemampuan dan dilimpahi rezeki oleh Allah Subhanahu Wataala agar tidak akan melepaskan peluang untuk melakukan ibadat korban, kerana ibadat ini amat dituntut dan tinggi nilainya disisi Allah Subhanahu Wataala. Mudah-mudahan kita akan mendapat ganjaran pahala dan kebajikan daripada Allah Subhanahu Wataala dari ibadat korban yang kita lakukan. Amin Yarabbalalamin.

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Kautsar ayat 1-3 tafsirnya :

"Sesungguhnya kami telah mengurniakan kepadamu wahai Muhammad kebaikan yang banyak di dunia dan di akhirat. Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban sebagai bersyukur.Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dialah yang terputus dari mendapat sebarang perkara yang di ingininya."

Monday 15 November 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1431H

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Kepada sekelian kaum muslimin/muslimat, khususnya kepada seluruh warga SKSB, PIBG, penduduk Kg. Sg Buaya/Bandar Sg Buaya dan seluruh pengunjung blog SKSB, saya dan guru-guru mengucapkan taqabbalaLah minna wa minkum bersempena dengan kedatangan hariraya Adha kali ini.

Semoga kita menghayati pengorbanan para anbiya, para auliya dan semua perjuang agama Allah ini di sepanjang zaman. Semoga kita dilimpahi Allah semangat perjuangan dan pengorbanan yang tidak akan luntur atau pudar disebabkan ujian dunia yang menimpa. Kepada Allah segala pujian, semoga dikurniakan kepada kita semua keikhlasan dalam iman dan amal.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, walilahi al-Hamd

Thursday 30 September 2010

MASA

Kehidupan manusia adalah bergantung kepada penggunaan masanya. Oleh itu, Islam amat mengambil berat tentang masa dan memberitahu manusia bahawa setiap detik masanya adalah amat berharga. Sudah cukup untuk menggambarkan betapa besarnya nilai masa dalam Islam dengan Allah sendiri bersumpah dengan masa dalam firmanNya yang selalu didengar;

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran”. (al-‘Asr: 1-3)

Dalam ayat di atas Allah bersumpah dengan masa bagi menunjukkan kepada manusia sekeliannya bahawa masa menjadi saksi terhadap berjaya atau gagalnya manusia, untung atau ruginya mereka. Manusia yang berjaya dan beruntung ialah manusia yang memanfaatkannya masanya di dunia (untuk beriman, beramal soleh, melaksanakan perintah Allah dan sebagainya bagi bekalan ke akhirat) dan manusia yang gagal dan rugi ialah manusia yang mensia-siakan masanya.

Imam asy-Syafi’ie pernah dalam satu ungkapannya berkata tentang surah ini; “Jika manusia memerhati dan mengambil pengajaran dari surah ini, maka memadailah bagi mereka”.

Dalam satu hadis Rasulullah s.a.w. memberi galakan kepada kita supaya memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin. Sabda baginda;

“Manfaatkanlah lima masa sebelum datang lima masa;

1) Masa hidup kamu sebelum datang saat mati kamu
2) Masa sihat kamu sebelum datang masa sakit kamu
3) Masa lapang kamu sebelum datang masa sibuk kamu
4) Masa muda kamu sebelum datang masa tua kamu.
5) Masa kamu kaya sebelum datang masa kamu ditimpa miskin.
(Hadis riwayat Imam al-Hakim dan al-Baihaqi dari Ibnu Abbas r.a.)

Bahkan di akhirat nanti, manusia akan dihisab setiap detik masa yang ia lalui di dunia; bagaimana ia gunakannya? Adakah ke arah kebaikan atau kejahatan? Adakah ia manfaatkannya atau ia sia-siakannya? Inilah yang diceritakan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis baginda; “Tidak akan berganjak dua kaki seorang hamba Allah (dari tempat hisab di padang mahsyar) sebelum ia ditanya berkenaan;

1. Umurnya (yakni masa-masa di sepanjang umurnya); bagaimana ia habiskannya?
2. Ilmunya; bagaimana ia amalkannya?
3. Hartanya; dari mana ia perolehi dan cara mana ia belanjakannya?
4. Tubuh-badannya; bagaimana ia gunakannya?

(Hadis riwayat Imam at-Tirmizi dari Abi Barzah Nadhlah ibn ‘Abid al-Aslami)

Imam asy-Sya’rani ketika mengulas tengtang hadis ini dalam kitabnya al-‘Uhud al-Muhammadiah, berkata; “Inilah empat perkara pokok yang akan ditanya setiap hamba mengenainya (di akhirat). Adapun yang selainnya adalah perkara-perkara cabang/sampingan sahaja”.

Memandangkan bahawa masa amat penting dalam Islam, maka seorang muslim hendaklah memberi perhatian bersungguh-sungguh terhadap masa. Ia hendaklah membina kesedaran yang tinggi terhadap penjagaan masa dan menggunakannya semaksima mungkin untuk mencapai cita-cita dan matlamat hidup sebagai seorang muslim dan mukmin untuk kebahagiann duniawi dan ukhrawi.

Perlunya mujahadah untuk mendidik diri menghargai masa

Namun, perlu kita sedari bahawa seorang insan itu tidak akan berjaya memanfaatkan masanya sebaik mungkin tanpa mujahadah kerana ia berdepan dengan dua musuh utama (dalaman dan luaran) yang sentiasa meruntunnya untuk leka dan lalai di dunia dan mensia-siakan waktunya.

Dua musuh itu ialah;

1. Hawa nafsu
2. Syaithan

Hawa nafsu adalah musuh yang paling mencabar bagi manusia kerana ia berada di dalam dirinya. Hawa nafsu adalah teman setia manusia yang sentiasa mendampinginya ke mana sahaja ia pergi. Namun hawa nafsulah yang bakal akan menghancurkan manusia jika manusia tidak hadapinya dengan mujahadah.

Ada beberapa tabi’at buruk yang menjadi factor kegagalan kita menggunakan masa dengan sebaiknya sebagaimana yang dituntut agama;

1. Tidak mengetahui atau tidak menyedari; apa matlamat kehidupan kita di atas muka dunia ini? Kenapakah Allah menjadikan kita di atas muka dunia ini?

2. Sikap malas, sambil lewa, tidak bertanzim, sukakan kerehatan, leka, lalai, membuang waktu dan sebagainya.

3. Tidak mengetahui al-aulawiyat (keutamaan-keutamaan) dalam hidup; mana perkara-perkara yang penting yang perlu diberi perhatian? dan mana pula perkara-perkara yang tidak penting yang perlu diketepikan?

4. Tabiat suka bertangguh

Semua tabi’at buruk di atas mesti dihadapi oleh kita dengan bermujahadah terhadap diri sendiri. Bermujahadah bermaksud melatih diri dengan sifat-sifat yang baik dan mengekangnya dari menurut hawa nafsu. Orang yang bermujahadah tidak akan membiarkan dirinya dikontrol hawa nafsunya, sebaliknya dialah yang mengkontrol hawa nafsunya.

Dengan mujahadah, kita mesti melatih dan memaksa diri supaya;

1. Memastikan matlamat hidup dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya.
2. Membuang sikap malas, leka, lalai dan sebagainya tadi.
3. Memberi perhatian kepada perkara-perkara al-aulawiyat (utama/penting) dalam hidup.
4. Membuang sikap suka bertangguh.

Rasulullah s.a.w. pernah berpesan memperingatkan kita; “Dua nikmat (kuniaan Allah) yang seringkalikebanyakan manusia tertipu (kerana mensia-siakannya) iaitulah; nikmat sihat dan nikmat kelapangan”. (Hadis riwayat Imam Bukhari, at-Tarmizi dan Ibnu Majah dari Ibnu Abbas r.a.)

Seorang tokoh sufi terkenal Ibnu ‘Athaillah as-Sukandari dalam kitabnya yang masyhur iaitu al-Hikam mensifatkan tabiat suka bertangguh adalah tanda kebodohan yang ada pada diri seseorang. Ia berkata; “Menunda/menangguh amal perbuatan(kebaikan) kerana menantikan kesempatan yang lebih baik merupakan suatu tanda kebodohan yang mempengaruhi jiwa”.

Seorang hukama’ Islam pernah menasihatkan kita; “Janganlah kamu menunda/menangguh sampai besok apa yang dapat engkau kerjakan hari ini”.

Imam Hasan al-Basri pernah berkata; “Apabila terbit sahaja fajar pada hari baru, ia akan menyeru manusia; ‘Wahai anak Adam! Aku adalah adalah makhluk yang baru. Aku akan menjadi saksi ke atas apa yang kamu lakukan. Gunakanlah aku untuk berbekal dengan beramal soleh. Sesungguhnya aku (apabila berlalu) tidak akan kembali lagi hinggalah menjelangnya kiamat” .

Bagaimana membahagikan waktu?

Seorang muslim mestilah tahu membahagikan masanya mengikut kewajipan yang tertanggung di atas bahunya. Seorang tokoh Islam abad ini, al-Imam asy-Syahid Hasan al Banna berkata;

“Kita diperintahkan supaya mengguna dan membahagikan masa bagi empat tujuan ;

1.Untuk agama iaitu melakukan ketaatan kepada Allah merangkumi yang wajib/fardhu dan yang sunat-sunat.

2. Untuk mencari rezki yang halal bagi menyara diri dan keluarga.

"Siapa yang berpetang dalam keadaan penat kerana bekerja/berusaha dengan tangan sendiri maka ia berpetang dalam keadaan dikurniakan keampunan baginya" (Riwayat Imam at-Thabrani dari Ibnu ‘Abbas r.a.)
3. Untuk berkhidmat kepada manusia dengan melakukan perkara-perkara yang mendatangkan manfaat dan faedah bagi mereka.

Sabda Nabi(s.a.w); “Sesiapa yang berjalan(untuk keluar) memenuhi hajat saudaranya ia seolah-olah beriktikaf di masjidKu ini(iaitu masjid Nabawi) selama sebulan”.

4.Untuk kerehatan badan.

Sabda Nabi(s.a.w); "Sesungguhnya badan kamu mempunyai hak ke atas kamu".

Syeikh Tantawi al-Jauhari berpesan kepada kita;

“Apabila munculnya siang maka buatlah penyusunan terhadap kerja-kerja-yang akan kamu lakukan pada hari itu mengikut masanya dan jangan melakukan sesuatu kerja bukan pada masanya. Ikutilah perancangan kamu yang awal dan jadikan riadhah/bermain pada masanya yang khusus. Ambillah contoh/tauladan daripada Nabi kita(s.a.w) dimana baginda membahagikan masanya kepada beberapa bahagian; -Satu bahagian untuk ibadah -Satu bahagian untuk manusia iaitu mengajar mereka... -Satu bahagian untuk diri baginda sendiri....."(Syeikh Tantawi Jauhari; kitab Mizan al-Jawahir)
http://ilmudanulamak.com/

Tuesday 21 September 2010

UPSR 2010

Ustaz Naim mengetuai bacaan doa agar murid dapat menjawab dengan yakin dan tenang, insyaAllah
Cikgu Wan Azizah memberi motivasi dan kata2 semangat sebelum pelajar memasuli dewan peperiksaan
Calon2 UPSR 2010
Memohon restu Ibubapa sebelum memasuki dewan peperiksaan
Kedudukan calon di dalam dewan peperiksaan

Monday 20 September 2010

MAJLIS RESTU ILMU




TARIKH: 20 SEPTEMBER 2010

MASA: 1.20 PETANG

PENGLIBATAN: PELAJAR UPSR & SEMUA GURU SKSB

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN UPSR DAN SEMOGA BERJAYA

Sunday 19 September 2010

PEPERIKSAAN

UPSR: 1 HARI LAGI
PMR: 15 HARI LAGI
SPM: 64 HARI LAGI
STPM: 42 HARI LAGI
STAM: 28 HARI LAGI

Penutupan Bulan Kemerdekaan SKSB 2010